24.2.12

Tempahan Coklat Sempena "Wedding Doorgift"

Add caption

Tempahan coklat sempena majlis perkahwinan pada 18 februari 2012...baru berkesempatan masukkan gambar tempahan dalam laman utama blog. Alhamdulillah tempahan coklat pertama dalam kuantiti yang banyak. semoga rezeki dalam bidang masakan ni akan bertambah..Amin.
Terima kasih pada suami, keluarga & kawan-kawan yang banyak menyokong.

Moist Chocolate Cake with Drawing

American Chocolate Cake
Kek yang ditempah oleh seorang regular customer kat penang ni. terima kasih kak ros sebab sudi jadi salah seorang penggemar kek buatan tangan saya...

Moist Chocolate Cake with buttercream drawing

Kek yang dibuat sempena menyambut kelahiran anak ke dua saya yg ke 3thn. Alhamdulillah, ramai yang cakap buttercream yang saya buat tak sama dengan yg dijual kat kedai. budak-budak di nursery pun makan sampai habis cream kek ni...tak muak katanya. Jadi kalau sapa-sapa yang nak order tu..jangan malu-malu pm / msg saya di cnurlin@yahoo.com atau di laman mukabuku saya Nurlincake house.

13.2.12

Coklat hantaran Nurul....



Khas buat adik ipar Nurul Farihah yang baru melangkah ke alam pertunangan....semoga tabah menghadapi segala rintangan. Orang kata alam pertunangan ni banyak cobaannya...maklum la, si pemakai cincin di jari manis sedang berdarah manis...hmm macam-macam. pendapat orang tua-tua pun kenalah ikut.
Sejak lepas bersalin...inilah hasil buah tangan saya yang pertama....dan kalau ada yang teringin nak buat tempahan tu...silalah...jangan malu-malu hubungi saya tau...
 

Copyright © 2012 Reserved to Chic's Confectionery
Design by Ccicute Design